Thursday, November 5, 2015

Mengalah..

Ha tajuk pun dah tau nak citer pasal ape kan.
Dua beranak masing2 pegang hp.Tengah best layan youtube sekali buffering.
Dalam kepala laju pikir ni mesti Syamil bukak youtube jugak. Jeling dia kat sebelah memang betul pun. Ape aku nak bagi suruh dia tutup ipad ni ek? Tak habis lagi pikir, dia tengok hp aku "Mama, bishingla". Deng!
Ok la aku tutup next time boleh tengok. Now,sampai kesudah tak tengok 😓

Mengalah wei dgn anak. Dulu dgn adik beradik boleh la nak sepak terajang tak reti mengalah. Dengan anak apela dosa budak tu bukannya dia paham pun. 😉

Gambar anak menangis kene sakat. Memang suka menyakat dia 😁

Saturday, September 12, 2015

Family Store

Family store ni yelah kedai runcit ye. Besar macam Econsave. Semua barang keperluan ada.. Pasar segar pun ada.
Ok nak citer pasal family store ni sebenarnya kelmarin aku ade beli susu Sustagen untuk Syamil. Paling murah ye pernah jumpa. Sebelum ni RM61.90 tapi dia buat promo RM55.90 masa Ramadhan aritu sampai sekarang kekal harga tu. Terbaik kan!
Dah beli tu sampai rumah baru cek salah ambik susu. Syamil minum yang plain tapi aku terambik vanilla flavor. As korang tau susu kalau ada perisa means ada gula tambahan included. So taknak lah anak aku minum gula banyak, aku berhajat nak gi tukar susu tu dengan harapan boleh tukar. Takut jugak benda untuk makan ni dh beli tak boleh return/exchange kan.
Menggelabah la aku cari resit. Nasib aku tak buang lagi. Takde pulak dia note return policy kat situ. Biasanya resit ada note 3day utk exchange/return dari tarikh beli kan. Ok takpelah,esok lah gi tukar. Esok hari ketiga lagi. Sempat ni. Bisik hatiku. Ewah
Esoknye dengan kaki yang nak tercabut lepas squad 50x aku bawak susu 1.3kg 2 kotak ni masuk family store. Pening jugak nak tukar kat mana ye. Family store ni biasanye ada sorang supervisor usually Chinese guy baju tuck in wearing sneakers berdiri dkat pintu keluar/masuk. Dah nampak dia terus aku bagitau nak tukar susu sebab salah ambik. Dia cakap "boleh. Ada bawa resit?" Terkejut aku. Senang nye. Aku bagi resit and dia suruh pergi kat kaunter yg aku bayar kelmarin.
"Akak nak amik susu ape?"
"Sustagen plain"
Dia angkat tangan mempersilakan hajat aku tu.
Senang bak hang. Aku ingat kene la buat muka sedih skit ke kan. Tak payah.. 

Terbaik! Aku sangat suka sistem yang sempoi camni. Takyah nak isi borang bawak jumpa bos ke ape ke kan. Mesra pengguna.
Lagi 1 Family store ni paling murah jual Kinder Joy RM3.29 tau. Well tau jela anak aku tu hantu kinder joy. Baru mana pun mainan dia tu, kalau nampak kinder joy tu mak bapak dia senyum jela membayarnye.
Pernah beli kinder joy dekat kedai 24jam dan kedai serbaneka RM4.40. Mak Kau Hijau

Monday, August 26, 2013

Hujung minggu di Johor Bahru

Hai... lame tak berbelog rasanya means lama juga la tak tulis cyber diary ni.. hehe
Sejak ada anak tak boleh fokus nak buat apa-apa. Tengah membasuh, dia menangis. Berhenti sekejap sambung balik, masak pun begitu jua lah. Hangus tu dah biasa. hehe... Tapi aku tetap bersyukur dikurniakan anak diusia ini dimana aku mampu menjaga,mengasuh,mengurus segala keperluan & menemani dia selama dia membesar. Alhamdulillah. Dah, jangan nak membebel panjang-panjang, bangun dia nanti dalam draft la jawabnye entri ni! Haha

Johor Bahru sebenarnya aku tak penah sampai pun. Bukan ade sedare-mare pun kat sana. So nak bagitau la, this is my FIRST TIMEE *mood jakun sekejab* dan disebabkan first time, sepanjang jalan 2jam dari Melaka aku tak tidor pun dalam kereta sebab dok tengok keliling. *Puas*

Me and my little family was checked-in at Tune Hotel Danga Bay. Dekat sikit dengan tempat majlis kahwin esok. Cakap pasal hotel ni kitorang tak sempat pun google kat Agoda.com sbb last minit baru confirm nak attend kenduri. Sepanjang jalan pun line cam Chipsmore, den rodah yola.

our room

Syamil's little bath tub
at the wedding

anak aku lapo

hubby dgn kawan beliau. ce cari mane dia

sesi usik mengusik

yang lain dah habis, tinggal ini je

with aunty Shara

Singgah metar. Syamil tengah tidoq

Fossil. love their colors. Which one yours?

Fossil.Camera case. RM190


cas batteri. masing-masing dah ponek
Lepas balik dari JPO ni terus balik Melaka siap singgah Tesco cari susu Syamil pastu meleret sampai ke maghrib seret anak shopping lagi. *bumpp pengsan*

Wednesday, June 5, 2013

Penyelesaian Untuk Bayi Sembelit

Hi, salam.. Dalam tempoh 3 bulan menjadi seorang ibu, aku telah melalui bagai ragam menjaga seorang baby boy.

My baby boy is fully breast feeding. Alhamdulillah, dia jarang dapat sakit. Selesema baru sekali dan demam belum pernah lagi. Aku baru nak cuba-cuba bagi susu formula tapi malangnya dia sembelit or susah nk buang air. Baru-baru ni kami keluar dan bekalkan dia susu formula.. Alahai 2 hari dia tak buang air besar selalu buang angin dan perut memulas-mulas. Habis risau dibuatnya..
Muka sakit perut
Macam-macam aku cuba bagi untuk legakan perut dia.. Aku sapu minyak telon, minyak Yu Yee tapi tak baik jugak, macamtu jugak.. Aku bagi gripe water, air suam, pun sama jugak... Finally aku teingat ada satu susu yang cepat melawaskan buang air besar iaitu susu kambing merah AFYHANIFF.
Sumber: https://www.facebook.com/susukambingmerah
Disebabkan dia susu, aku pon beranilah nk cuba bg kt baby aku. Aku bancuh 1 scoop dlm 50ml, dia minum setengah je.. Finally tak sampai 10 minit, dia dah buang air. Woaaaah!! Aku yang lega. Hehe
selepas perut lega
Bagi korang-korang yang ada masalah yang sama cam aku, boleh cuba bg kt baby korang.. In Shaa Allah takde kemudaratan pada baby korang sebab susu ni adalah daripada susu kambing. Susu kambing is the best selepas susu ibu. Lagipun amalan minum susu kambing ni kan sunnah Nabi kita. Bukan baby je, untuk yang ada masalah sembelit boleh consume susu ni. Sangat bagus untuk melawaskan air besar.. najis pun tak keras.
Dan yang bagusnya susu ini boleh dibeli online. Order dan sampai depan pintu rumah!

Hanya berkongsi pengalaman.

Wednesday, April 17, 2013

Kali yang ke 24


Syukur Alhamdulillah Ya Allah aku masih diberi kesempatan untuk melalui nikmat hidup ini kali yang ke 24 pada 15 April yamg lepas

Menyambut ulang tahun ketika aku sedang berpantang amatlah menguji kesabaran diri ini kerana tiada kek yang nak dijamu ke tekak ni ha, heh. Tapi aku amatttt bersyukur kerana ditemani suami,anak dan orang tuaku tercinta di hari bahagia ini.

Berpantang duduk rumah je xkeluar rumah so handfone la menjadi alat komunikasi dengan dunia luar ku. Berfacebook menerima wishes dari suami sendiri even dalam rumah, dari kawan kawan dan juga sepupu sepupuku. Paling special selepas suami wish adalah ibuku.

Terima kasih pada yang ucap selamat. Moga doa kalian diangkat dan dimakbulkan,amin.

Hadiah pertama yang ku terima adalah dari ibuku tersayang. Terima kasih ibu. Kaklang sayaaaaang ibu sangat. Suami? Hehe dia dah tanya aku nak ape and harap-harap la aku dapat. Hehehe. Sayaaaaang awak b :)

In Shaa Allah aku akan sentiasa memperbaiki diri ini demi menghadap mu suatu hari nanti Ya Allah. Aku bersyukur dengan nikmat mu Ya Allah