Wednesday, April 17, 2013

Kali yang ke 24


Syukur Alhamdulillah Ya Allah aku masih diberi kesempatan untuk melalui nikmat hidup ini kali yang ke 24 pada 15 April yamg lepas

Menyambut ulang tahun ketika aku sedang berpantang amatlah menguji kesabaran diri ini kerana tiada kek yang nak dijamu ke tekak ni ha, heh. Tapi aku amatttt bersyukur kerana ditemani suami,anak dan orang tuaku tercinta di hari bahagia ini.

Berpantang duduk rumah je xkeluar rumah so handfone la menjadi alat komunikasi dengan dunia luar ku. Berfacebook menerima wishes dari suami sendiri even dalam rumah, dari kawan kawan dan juga sepupu sepupuku. Paling special selepas suami wish adalah ibuku.

Terima kasih pada yang ucap selamat. Moga doa kalian diangkat dan dimakbulkan,amin.

Hadiah pertama yang ku terima adalah dari ibuku tersayang. Terima kasih ibu. Kaklang sayaaaaang ibu sangat. Suami? Hehe dia dah tanya aku nak ape and harap-harap la aku dapat. Hehehe. Sayaaaaang awak b :)

In Shaa Allah aku akan sentiasa memperbaiki diri ini demi menghadap mu suatu hari nanti Ya Allah. Aku bersyukur dengan nikmat mu Ya Allah



Sunday, April 14, 2013

13 April

Adakah tarikh ini bermakna pada korang?

Mungkin Ya dan mungkin Tidak. 

Pada aku, ianya suatu tarikh dimana aku telah kehilangan seseorang yang tiada gantinya
Dia merupakan sahabat ku yg juga jiran sebelah rumahku, yg juga 'kembar' ku telah menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 2010.. 

Sesungguhnya Ya Allah hanya kau sahaja yang tahu rindu aku pada arwah.. Gelak tawanya, sifat rendah dirinya, sifat baik hatinya, sifat penyayangnya tak pernah aku lupakan..

Membesar bersama sejak kecil menjadikan kami rapat sehingga mak aku menggelarnya kembar ku. 
Bila kami berjumpa, seakan xsedar masa berlalu. 
Bila kami ketawa, xsedar akn status anak dara yg dipegang
Ada sahaja perkara dikongsi bersama..

Tapi sekarang tiada lagi kawan yang selalu datang teman aku tak kira masa.
Takda lagi kawan yang aku boleh share anything setiap kali kene marah ngn mak bapak kita

Imah.....
Aku rindu sangat kau...
Kau tak cakap pape pun sebelum kau pergi...
Kau tak sedar pun sebelum kau pergi....
Sedihnya aku kau pergi tanpa ucap apa2 kat aku....
Masa kat hospital, kesian aku tengok badan kau lebam lebam
Aku borak, ko tak respon pun mah.... 
Aku panggil, ko tak dengar pun...
15/4 harijadi aku mah... ko tak wish pun.... tapi ko tinggalkan aku mah
Terkilan sangat aku tak dapat dtg masa kebumikan kau, aku terpaksa balik kolej. Maafkan aku ye mah...
Muka kau redup sangat lepas kafan tu mah... tak boleh aku nk lupakan...
Aku harap sangat ada miracle ko akan sembuh dan borak dgn aku.... tapi takda
Aku harap pulak ko datang dalam mimpi aku, tapi takda mah
Lama lepas ko pergi pernah aku mimpi ko lambai kat aku....
Menangis aku bangun tidor mah

Imah, sekarang aku dh kawin....
Baru baru ni dapat baby dh.. baby boy mah...
Muhammad Syamil nama dia..
Husband aku ko dah pernah tengok gambar kan... 
Ye, aku kekal dengan dia sampai sekarang.. ko doakan kami ye

Tadi adik ko datang rumah...
Teringat zaman kita dulu...
Time time camni pun ko tak balik lagi kalau kita berborak kan? Sampai adik ko datang panggil balik baru la ko reti nak balik kan.. haha

Imah, 
Aku doakan ko bahagia kat sana & diletakkan ditempat orang mukmin yang soleh solehah
Semoga bertemu semula di sana.
Amin

Al fatihah. 
Rahimah bt Shaari 
My childhood best memories