Adakah tarikh ini bermakna pada korang?
Mungkin Ya dan mungkin Tidak.
Pada aku, ianya suatu tarikh dimana aku telah kehilangan seseorang yang tiada gantinya
Dia merupakan sahabat ku yg juga jiran sebelah rumahku, yg juga 'kembar' ku telah menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 2010..
Sesungguhnya Ya Allah hanya kau sahaja yang tahu rindu aku pada arwah.. Gelak tawanya, sifat rendah dirinya, sifat baik hatinya, sifat penyayangnya tak pernah aku lupakan..
Membesar bersama sejak kecil menjadikan kami rapat sehingga mak aku menggelarnya kembar ku.
Bila kami berjumpa, seakan xsedar masa berlalu.
Bila kami ketawa, xsedar akn status anak dara yg dipegang
Ada sahaja perkara dikongsi bersama..
Tapi sekarang tiada lagi kawan yang selalu datang teman aku tak kira masa.
Takda lagi kawan yang aku boleh share anything setiap kali kene marah ngn mak bapak kita
Imah.....
Aku rindu sangat kau...
Kau tak cakap pape pun sebelum kau pergi...
Kau tak sedar pun sebelum kau pergi....
Sedihnya aku kau pergi tanpa ucap apa2 kat aku....
Masa kat hospital, kesian aku tengok badan kau lebam lebam
Aku borak, ko tak respon pun mah....
Aku panggil, ko tak dengar pun...
15/4 harijadi aku mah... ko tak wish pun.... tapi ko tinggalkan aku mah
Terkilan sangat aku tak dapat dtg masa kebumikan kau, aku terpaksa balik kolej. Maafkan aku ye mah...
Muka kau redup sangat lepas kafan tu mah... tak boleh aku nk lupakan...
Aku harap sangat ada miracle ko akan sembuh dan borak dgn aku.... tapi takda
Aku harap pulak ko datang dalam mimpi aku, tapi takda mah
Lama lepas ko pergi pernah aku mimpi ko lambai kat aku....
Menangis aku bangun tidor mah
Imah, sekarang aku dh kawin....
Baru baru ni dapat baby dh.. baby boy mah...
Muhammad Syamil nama dia..
Husband aku ko dah pernah tengok gambar kan...
Ye, aku kekal dengan dia sampai sekarang.. ko doakan kami ye
Tadi adik ko datang rumah...
Teringat zaman kita dulu...
Time time camni pun ko tak balik lagi kalau kita berborak kan? Sampai adik ko datang panggil balik baru la ko reti nak balik kan.. haha
Imah,
Aku doakan ko bahagia kat sana & diletakkan ditempat orang mukmin yang soleh solehah
Semoga bertemu semula di sana.
Amin
Al fatihah.
Rahimah bt Shaari
My childhood best memories
No comments:
Post a Comment