Wednesday, March 30, 2011

28/03

28/03 is my dad birthday. awal2 lagi I dah pick card nak wish dia. Tp bengongnye, berbekalkan stem 6 posen aku pos suratnya hari sabtu yang mana 28/03 adalah hari isnin. Cari tong merah punya pasallah tak jumpe kat shah alam ni ha. Tah mane laa... Yg my bf g bagi tong sampah. HAMPEH. tah bile lah sampainye surat tuh. On 28/03 plak, aku langsung tak wish my dad by fone. aku dah tau aku sent by pos, so belagak plak xnk wish by fone. cehhh..... konon aku masih kampung la! (=

my mum and my sister dah banyak kali anta message remind supaya wish my dad. Yela mentang-mentang dah tak duk serumah, takut aku lupa la kot. SORRY, U'RE TOTALLY WRONG! . Haha, sorry la ye, I dah wish dulu dari u all. cume u all yg tak taw *muke bangge*

again to ayah,,
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KALI KE 53.
saaaaaaayang ayah!

Monday, March 7, 2011

JANGAN DEGIL!


Sebenarnya nk cakap ayat macam ni kat ayah. sebab dia sangat keras kepala, degil & kepala hangin. Ya itulah ayah saye. Sakitnyer hati kalau bergaduh dengan dia. Tapi sebagai anak, walaupun dia salah, aku tetap 'iyakan' je. Dia rasa dia dah makan garam banyak sangat kan. Mmg dia jelah betul. Yelah nak buat camner kan. Tak mengalah kang, silap-silap makan pelempang aku. Ha lagi teruk lagi jadi ahli HELL pulak kang. Oh nooooo!

bersama si gendut Aden :)


Ayah ader penyakit kencin manis and darah tinggi. Penyakit popular masyarakat malaysia sekarang. Kalau tak kencin manis, mesti darah tinggi. Either one laaa. Dua sekali tuh pakej namenyer. Nak dijadikan cerita, punyalah  banyak obat yang dicobenye. Nak sembuh lah katekan. Tapi Ya Rabbi, awak tuh sakit. Berpantang lah sikit makan tuh ayah ooi. Ubat bukan main mahal lagi. Kalau tukar ngn duit balik, silap2 dapat PSP aku. (mengidam nk PSP, so  ini jela aku pikir sekarang). Rupe-rupenye dia berpantang gak, PANTANG JUMPE!, semua nak balun. Haih itulah deh. Naek bobuih mulot menasihatkan. Bukan sorang, semua yang concern pasal dia dah berbuih mulut. Lenguh rahang nih duk membebel.jap g tercabut Haih. Tak larat dah

maka si Degil itulah ayah saya =(

Wednesday, March 2, 2011

dedikasi kepada yang mendengar.

hi readers.
entry kali ni khas untuk sayangku wahid. walaupun aku tau dia ta tau yang aku punya blog, tp aku nak tulis jugak!

pernah suatu ketika dahulu eden boghi lagu ni kek dio. respon sangat kurang menarik eh. kalau ikut skima pemarkahan SPM mmg G youu. sebabnyer dalam music player talipon, laptop, mp3 & harddisk dia mmg takde eh. tak bertimbang kilo langsung!

aku dedicated lagu nih sbb nak dia jiwang-jiwang lah konon ngn lyric lagu tuh. tp hampeh. jiwang lah aku sorang-sorang. haha

so now lagu ni dah tak jadi lagu ku untukmu. tapi lagu ku untuk korang. to my readers. nah denga this song!



ANUAR ZAIN-KU MILIKMU


sehingga ketemu lagi. daaa