Sunday, April 14, 2013

13 April

Adakah tarikh ini bermakna pada korang?

Mungkin Ya dan mungkin Tidak. 

Pada aku, ianya suatu tarikh dimana aku telah kehilangan seseorang yang tiada gantinya
Dia merupakan sahabat ku yg juga jiran sebelah rumahku, yg juga 'kembar' ku telah menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 2010.. 

Sesungguhnya Ya Allah hanya kau sahaja yang tahu rindu aku pada arwah.. Gelak tawanya, sifat rendah dirinya, sifat baik hatinya, sifat penyayangnya tak pernah aku lupakan..

Membesar bersama sejak kecil menjadikan kami rapat sehingga mak aku menggelarnya kembar ku. 
Bila kami berjumpa, seakan xsedar masa berlalu. 
Bila kami ketawa, xsedar akn status anak dara yg dipegang
Ada sahaja perkara dikongsi bersama..

Tapi sekarang tiada lagi kawan yang selalu datang teman aku tak kira masa.
Takda lagi kawan yang aku boleh share anything setiap kali kene marah ngn mak bapak kita

Imah.....
Aku rindu sangat kau...
Kau tak cakap pape pun sebelum kau pergi...
Kau tak sedar pun sebelum kau pergi....
Sedihnya aku kau pergi tanpa ucap apa2 kat aku....
Masa kat hospital, kesian aku tengok badan kau lebam lebam
Aku borak, ko tak respon pun mah.... 
Aku panggil, ko tak dengar pun...
15/4 harijadi aku mah... ko tak wish pun.... tapi ko tinggalkan aku mah
Terkilan sangat aku tak dapat dtg masa kebumikan kau, aku terpaksa balik kolej. Maafkan aku ye mah...
Muka kau redup sangat lepas kafan tu mah... tak boleh aku nk lupakan...
Aku harap sangat ada miracle ko akan sembuh dan borak dgn aku.... tapi takda
Aku harap pulak ko datang dalam mimpi aku, tapi takda mah
Lama lepas ko pergi pernah aku mimpi ko lambai kat aku....
Menangis aku bangun tidor mah

Imah, sekarang aku dh kawin....
Baru baru ni dapat baby dh.. baby boy mah...
Muhammad Syamil nama dia..
Husband aku ko dah pernah tengok gambar kan... 
Ye, aku kekal dengan dia sampai sekarang.. ko doakan kami ye

Tadi adik ko datang rumah...
Teringat zaman kita dulu...
Time time camni pun ko tak balik lagi kalau kita berborak kan? Sampai adik ko datang panggil balik baru la ko reti nak balik kan.. haha

Imah, 
Aku doakan ko bahagia kat sana & diletakkan ditempat orang mukmin yang soleh solehah
Semoga bertemu semula di sana.
Amin

Al fatihah. 
Rahimah bt Shaari 
My childhood best memories

Wednesday, November 28, 2012

Berjalan kesana-kemari

Hi korang! lamenye tak update blog aku yang tak rupe blog ni. Suka aku je nk update bila hek, biase lah aku bukan terror pun karang-mengarang ni. Aku sendiri pun jelik ngn tulisan aku sendiri. Ahah dah tu wat ape aku berbelog kan! Hehe...

Kali ni aku nak kongsi skit cuti-cuti aku berjalan kemana... Banyak tempat actually aku dh jalan, so boleh tak agaknye kongsi dalam 1 entry je? boleh eh, coz aku pun bukannye rajin sgt nk update kan. Hehe.


Ini cuti dah basi aku masa bulan 9.. So masa bulan 9 aku dtg kenduri kawin my friend sorang ni. Tahniah diucapkan.
with pengantin n baby 3months

After a week from that, aku, hubby n friends telah bercuti ke Port Dickson! Yeay! Walaupun bermalam sehari je, yg boys ni tak lepaskan peluang tgok bola malam tu. Terpaksalah girls ni ikoooot je, huh! So moral nye plan la bercuti time takde 'game' that selected day OK

Kami tido lambat jugek malam tu sebab sebok nak bergambar tetengah malam. Ni adalah hasilnye.. haha




Masing2 try nk jadi imej hantu dalam gambar.. Memang happening after we have bbq this time. Yg blakng tengah tu xsedar tgah pregnant kemain cam "rapik" erh. hehe. ok la another entry akan disambung next time. nk buat entry ni pun makan masa coz susahnye nk upload pixture!

Terima Kasih untuk singgah :)


Wednesday, August 1, 2012

12 Ramadhan

Masih tak terlambat nak ucapkan selamat berpuasa dan menjalankan amal ibadah pada kaum muslimin dan muslimat entire world. Amboih!

Start berpuasa tahun ni kat rumah suami kat Melaka. Apo nak makan? Selero den selero nogori. Bantai yolah dah lapa bonar kan. Masih belum balik-balik lg umah mak saya, disebabkan si hijau ditahan wad. Sob..

Harini lepas sahur tadi bantai tido balik, mane ko tak gemuk. Bile bangun terus bukak buku resepi sbb dh mark 2 resepi kuih raya nk buat tahun ni. 2 je?
Tengah-tengah buat kuih dengan mood yang baik, kertas cawan plak beterbangan. Pas tu plak kepala kemain pening berpusing lagi dengan suhu dapur yang dah macam sauna kat tengah Sahara. Pergh.. Hilang mood. Dapat lah se-te pawey je kuih tadi. Nnt sambung lg sbb resepi dia senang je. Betul pemalas ni


Inilah kuih harini. Payah betol nk sendukkan kat dalam tuh. Huh

p/s: raye nnt jemput dtg rumah. sementara stock masih ada. kekekeke

Friday, June 29, 2012

How it feels when suddenly someone is really urgent ask your help and then you do it immediately but at the end he blame you by reason of you late, he never say thanks. Have you ever feels?

Dia sahabatku......

Assalamualaikum.. Assalamualaikum... Cik, kaklang ade? Sambil tangan nye mengikat rambut yang kerinting ala megi kembang dan sisi rambutnya yang sempong
*sempong: tidak dipotong dengan kemas

Kaklang? Dia tido ha.. Beso lah dio potang potang ni membuto yo kojo eh. Masuklah. Meh tengok tibi ni ha

Selepas terdengar suara tergelak terbahak bahak mengganggu tidur petang ku yang dibasahi poloh, aku bangun dengan rambut sakai, bersinglet dan masih memakai kain sekolah.

Wei meggi, ko tengok citer ape gelak cam nak mampos ni?

Haaaa Kembang, bangun pun kau. Membute je keje... sok...sek...sok...sek... Kami pun memulakan borak petang
*kembang gelaran untuk hidung ku yang kembang 

Tak sampai setengah jam berborak, tibe-tibe datang sorang budak... Assalamualaikum... Ngah, mak panggil..

Eeeee kau ni sebok je! Jap g angah balik laaa, kau g lah balik dulu.. Tak sampai lima minit, dia dipanggil lagi. Kali ini dia menunggu dihadapan pintu rumahku. Cepatlah Ngah, mak panggil lah...

Gi lah do, mak kau panggil tu

Eeee tak boleh tengok orang senang sikit! Ok lah lang, aku balik dulu. Nanti malam aku datang. Bye!

Malam tu pun kami berjumpa lagi. Kali ni dengan kerja sekolah kami duduk bersama. Yelah kat depan TV. Asal iklan je sambung berborak. Boleh belajar lak kan. Rumah aku yang kecik tu nak asingkan diri camane. Kat ruang tu jugaklah semua berkumpul. Keje sekolah tu wayang je, hampeh tak siap.

Dah dekat pukul 12 malam, datang lagi budak petang tadi
Ngah, ko tak reti nak balik ker? Mak cakap kalau ko tak balik, mak nak kunci pintu.

Kejap laa.. Angah tengah belajar kan.. tapi mata tak lari tengok TV,memekak kan telinga dari ugutan budak tadi

Cepat lah ngah.. Kau lambat tido kat luar!

Dah pukul 12, berbekalkan lampu suluh aku menemankan dia balik sampai sempadan rumah yang mane rumah dia kat sebelah je rumah aku.

Time kasih, Bye!

Bye!

Knok knok knok... Assalamualaikum mak
Knok knok knok... Assalamualaikum mak
Knok knok knok... Assalamualaikum mak
Knok knok knok... Assalamualaikum mak
Knok knok knok... Assalamualaikum mak
Knok knok knok... Assalamualaikum mak
Knok knok knok... Assalamualaikum mak
Knok knok knok... Assalamualaikum mak.........

Ha! baru nak balik! Dah tak ingat rumah dah ke? Bla bla bla x*/!@#$%^&.........

Begitulah hubungan kami berdua setiap kali jumpa. Dari tabika, aku same sekolah dgn dia, sehinggalah masuk tingkatan 4 aku memilih untuk ke sekolah teknik. So kami jumpe weekend je. Tu pun kalau aku balik...

Hmm walaupun dah lama berlalu,, masih segar dalam ingatan ku