Thursday, June 21, 2012

Undangan.s

Hi semua... lame nye tak update cerita tak laku ni. Hehe takpelah tak laku pun aku sorang nk refresh ape yang penah jadi dalam hidup aku yang singkat ni. tangan didada mata ke atas

Banyak undangan perkahwinan yang aku dan family terima. Kejap member kampung halaman, saudara mara aku dan pulak pastu sebelah husband pulak. Well, lepas aku berkahwin baru aku sedar betapa happy nye pengantin kalau nampak muka tetamu dia and dia sangat berterima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk datang ke majlis perkahwinan nya. Eceh ceh hehe

Buat tatapan aku, ni adalah antara majlis perkahwinan yang sempat aku dan husband sempat datang. Ceh macam lah sibuk sangat kau
Mula mula haruslah gambar aku dulu keh keh keh
Pengantin dan makciknyer
Zatil n her hubby


Alang Zairy ( my neighbourhood)
Munah n abang dia
Ade lagi satu wedding aku dh entrykan kat sini. Tapi antara wedding ni aku datang majlis Kak suzana 2 kali. 1 di rumah dia masa akad nikah, satu lagi di KLGCC ni
Suzanna Ghazali Bujang dan Jason

Bie dan sefufunye


Ni antara gambar yang tak buat hal masa upload. Heee itu sahaja. Buat Pengantin semua, Selamat Pengantin Baru semoga ikatan ini diredhai dan diberkati Allah. Amin




Terima kasih kerana sudi menziarah blog terpencil ni :) 

Thursday, May 17, 2012

Puding roti

Salam.. Hiiii

Beberapa hari yang lepas, aku rindu nk men bakar bakar guna oven.. Puas aku duk fikir menu ape aku nk try oven kt rumah hubby ni.. Korang agak agak aku dapat menu ape? Mesti korang dh tau kan sbb tajuk je aku dah bgtau dh. Hahah, peduli haperr akuww!

Okey, itulah menu simple dimple pimple aku dah buat. Alhamdulillah menjadi! Masa kawan kawan aku pilih masuk kelas bakery, diorang bgtau yang "masakan kita ni ikot mood kita, kot mood tak baik mmg tak jadi lah masakan kita ni. terutama nk wt dessert, pastry " masri karjah. Whooppps. Terlebih sudah Stacy
So kesimpulan nk cakap kat sini, KALAU MOOD TAK BEST, JANGAN CUBA RESEPI NI

Bahan-bahannya:

*1 cawan gula
*3 biji telur
1 cawan susu full cream
1 cawan whipping cream
1 tsp esen vanilla
Kismis doa sekotak RM1
Roti 5 keping (cari lah roti sedap skit)
Sikit butter

Panaskan oven selama 8-10minit pada suhu 100c
Sapukan butter kat dasar casserol dan susun roti molek. Ini casserol oke :


Cara caranya:
Babab pukul bahan bertanda * sampai kembang. Kemudian tambah susu, whipping dan esen vanilla. Pukul lagi sampai sebati. Dah tu tuang kat dalam casserol yang dah disusun roti tu.. Jangan lupa tabur pulak kismis yang ada tu. 

Pastu jangan sumbat dalam oven terus, you all tunggu roti kembang dulu paling koman pun 30 minit oke. Rilex.. rilex. Pastu baru bakar..

Oke mungkin resepi ni kurang manis, korang leh tambah gula ikut korang punya suka. Nak lagi wangi, taburkan serbuk kayu manis kat atas dia. 

Oke ni hasil aku buat. Ekeke
citer cam gempak ek, tapi cam ni haa goman eh. Hehehe


Yg tu tak sempat bergambar dah kene ngap! Hehe. Selamat mencobe!

Monday, January 30, 2012

Aktiviti minggu ini

Selepas berhempas pulas bekerja seminggu, tibenye mase hooray hooray on weekend. Yeah! Minggu nih ada 2 wedding kawan yg dh set kat klendar untuk attend. Sabtu kat Juasseh, Ahad kt Port Dickson. Tapi biasalah, kita plan, Allah yg tentukan. Hnya yg di PD tu je aku dapat attend. Sorry ya Abg Ajib, tak terkejar. Peace Yaw :)
Berikut gambar sekitar wedding dia yg guey udah telat,


bunga betul okay!

purple-cream-light blue-soft pink


sebahagian dari hantaran perempuan






Itu sahaja. Heee


** thnkyou for visiting! :)

Saturday, January 28, 2012

Last Saturday, saya and hubbys family ke kenduri kawin my Hubby's cousin di Sungai Buloh Country Resort... Meriah sungguh, maklumlah anak ahli politik kawin.. Tapi teruknya camera buat hal, so takde lah gambar wedding tu. Deym. Dah otw balik baru boleh rakamkan kenangan..Isk rugi
Ada lah sorang Tan Sri datang.. Majlis tuh dah macam sambut dia je lebih nampaknyer. Bukan pengantin. Macam lah tapi. Tapi tetap meriahh.. Congratulation pada Paklang and Maklang sbb dapat menantu sulong! Hehe


Habis kenduri kami pun ke IKEA. Cari barang barang nk suitkan ngn umah baru kami tuh.. Blind, meja kerusi, lagi tah ape tah aku kutip. Nak beli pokok risau hancur plak bawak balik nnt.. Dahlah pokok dia daun lebat, comel dan murah. Terpaksa letak balik isk isk


Masa kt IKEA, kene jage ini budak bulat dan felat. meh tengok keletah dia

mat bunga

Dia sebuk nk angkat, biler dh bg kesian plak tgok. cam kena dera plak. hehe
disebabkan ball ni kecik, dia ambik sampai 3. Ariq punyewww!


woah dah jumpa dah ball yang saiz berkenan. Siap kutip yang jatuh bawah rak tu


dapat kawan lagi hah. mmg susah nk berganjak!

Akhirnya berganjak  jugak lepas dapat patung mainan yang dia sangka adalah adik dia, Anis

Hehe.. itu sahaja wat masa ini. Sorry lama tak updae. Xde bahan :)


**Thank you for visiting !! :))

Friday, December 30, 2011

NGUPING CECUPING KUPINNGIN DONG

Bila nguping (pasang telinga), ade je bende yg tak sedap didengar, bikin hati jadi sakiit. Bila ngak nguping, rase curious plak nk tau n rase bodoh plak bile tak tau tu semua. Jadi seharusnya telinganya nk pasang kt mana ya?